Fosil kelawar puntianak 100,000 tahun ditemui

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
PAKAR Haiwan Mamalia, Prof. Blaise Kadjo menunjukkan spesies kelawar di makmal penyelidikan zoologi Universiti Houphouet-Boigny, Ivory Coast. - AFP .
(📸 ©AFP)
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



BUENOS AIRES: Fosil tulang rahang kelawar milik spesies kelawar ‘puntianak raksasa’ yang pupus sejak 100,000 tahun lalu ditemukan di sebuah gua di Argentina.

Tulang rahang kelawar itu dipercayai milik spesies Desmodus Draculae dan penemuan itu memberikan petunjuk mengenai kepupusan haiwan itu.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
TULANG rahang kelawar yang ditemukan.
(📸 ©AGENSI)
Haiwan itu menguasai sekitar 20 peratus daripada semua spesies mamalia selepas jumlahnya bertambah sekitar 50 juta tahun lalu.


Hal ini bermaksud setiap penemuan mengenai kelawar sangat berharga kerana membantu kelompongan fakta mengenai sejarah haiwan itu.

Pakar Paleontologi Makmal, Muzium Miramar Sains Semula Jadi di Argentina, Mariano Magnussen berkata, spesies kelawar puntianak adalah satu-satunya keluarga kelawar di dunia yang ingin diketahui ramai.


Katanya, haiwan ini bukan kategori mamalia berbahaya walaupun hidup dengan makan darah haiwan lain.

“Perkara buruk mengenai kelawar ini adalah ia dapat menyebarkan rabies atau penyakit lain sekiranya terjangkiti,” jelasnya.


Ketika ini, hanya tiga daripada sekitar 1,400 spesies mamalia itu adalah kelawar puntianak. – AGENSI

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.