penyanyi berusia 27 tahun itu dilaporkan ditemui oleh seorang kenalan pada waktu pagi setelah tidak menjawab panggilan telefon. Foto: Instagram |
BEBERAPA hari lalu, peminat hiburan K-pop dikejutkan dengan berita penyanyi Mina dimasukkan ke sebuah hospital selepas cubaan membunuh diri.
Baru-baru ini, Mina dikatakan mencederakan diri sendiri apabila memuat naik sekeping gambar tangannya yang berdarah dengan kapsyen berupa mesej kepada individu-individu yang terlibat dalam kes bulinya. Agen
si Woori Actors memberitahu, bekas anggota AOA itu bagaimanapun berjaya diselamatkan dan sudah pun mendapat rawatan sepatutnya daripada doktor yang merawatnya. Bagaimanapun Mina yang dimasukkan ke hospital pada tahun lalu dilaporkan sudah dibenarkan pulang sehari selepas menerima rawatan.
“Dia akan berehat untuk memastikan tahap kesihatannya berada pada tahap terbaik. Kesihatan Mina adalah keutamaan kami.
Mina dikejarkan ke hospital setelah rakanya menjumpai dirinya terlentang rumahnya pagi ini. |
Terdahulu, Mina pernah mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia menjadi mangsa buli Jimin yang juga rakan sekumpulannya selama 10 tahun sejak bergelar artis.
Susulan insiden buli yang dialaminya, Mina dikatakan mengalami tekanan dan pernah beberapa kali mencederakan diri apabila cuba membunuh diri.
Siri kontroversi itu terus berlanjutan selepas Mina kerap memuat naik pendedahan berkaitan kes buli yang dialaminya menerusi Instagram.