KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menafikan berlaku isu kekurangan alat bantuan oksigen di Hospital Ampang seperti dilaporkan sebelum ini.
Beliau berkata, semua pesakit kategori empat dan lima COVID-19 di hospital itu yang memerlukan bantuan terapi oksigen diberikan alat bantuan melalui syarikat yang membekalkannya sebanyak dua kali sehari.
"Tidak ada isu mengenai kekurangan bekalan oksigen di Hospital Ampang," katanya, hari ini.
Adham berkata, purata kematian dalam kalangan pesakit Hospital Ampang sejak 20 Julai lalu adalah sebanyak 10 hingga 11 kes sehari, berikutan peningkatan kes pesakit bagi kategori empat dan lima dengan komorbid. Sabah antara negeri terawal terima vaksin CanSino
Beliau turut menjelaskan, terdapat pesakit yang sudah berada di tahap kritikal ketika pertama kali dirujuk ke Hospital Ampang.