Gambar hiasan. |
PUTRAJAYA – Sebanyak 207 kes kematian dilaporkan hari ini sekali gus tertinggi direkodkan, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 terkini sebanyak 8,201 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 165,840 kes termasuk 1,009 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 524 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Sebanyak 14,516 kes baharu termasuk tiga kes import direkodkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,027,954 kes.
“Kes sembuh melaporkan sebanyak 9,372 kes dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 853,913 kes,” menurut ciapan di laman Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE