Caprice beri bayangan pendedahan? Kongsi gambar iblis terjelir lidah

CAPRICE mencetuskan persoalan seperti ada sesuatu yang lebih dahsyat sedang menular dalam pengetahuan ramai ketika ini.



Aktivis, Caprice mencetuskan persoalan ramai pihak selepas memuat naik satu perkongsian berunsur kontroversi di Instagram baru-baru ini.

Menerusi satu entri di laman sosial berkenaan, Caprice mengingatkan rakyat Malaysia agar bersiap sedia menghadapi kebenaran yang bakal dirungkai tidak lama lagi.

“Teguh bersama kebenaran, Malaysia. bersedialah, ia bakal muncul. Syaitan itu berbohong, berpura-pura dan menjual kemanisan. Tetapi Allah perancang terbaik. masanya semakin hampir,” tulisnya.

Perkongsian yang memaparkan imej syaitan itu menerima 49,281 likes setakat ini.

Selain itu, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli turut bertindak menutup ruangan komen bagi entri berkenaan.


Terdahulu penyanyi rap ini mencetuskan kontroversi selepas mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap Ebit ketika berhubung misi kemanusiaan di Gaza, baru-baru ini.

Susulan itu, Ebit telah membuat laporan polis dan menyekat Caprice daripada akaun Instagramnya.


Masanya semakin hampir.

Ariz Ramli 'Caprice'

Aktivis

Caprice cetus persoalan menerusi entri terbaru


Biarpun sudah melakukan permohonan maaf, aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, Caprice terus mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik satu foto kriptik yang memaparkan entiti iblis.

Menerusi muat naik berkenaan dalam Instagram, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, memaklumkan kebenaran akan terungkai di Malaysia.

“Bersedia untuk kebenaran, Malaysia. Siap sedialah anda semua. Ia akan datang. Iblis memperdaya, berpura-pura dan menjahanamkan.

“Tetapi, Allah Maha Perancang. Waktunya semakin dekat,” tulis pelantun lagu Lenglui itu pada kapsyen gambar iblis menjelirkan lidah tersebut.

Dalam pada itu, menerusi muat naik IG Story, Caprice berkata, dia didatangi seseorang yang tidak dikenali malam tadi.


Apa yang menghairankan, warga tempatan itu berusia 50 tahun itu tahu serba-serbi cerita tentang apa yang berlaku kepadanya baru-baru ini.

“If you keep knocking on the devils door, someone might hear it (kalau anda mengetuk pintu iblis, seseorang mungkin akan mendengarnya).


“Saya tak sangka ada orang tiba-tiba kenalkan diri malam tadi. Datang hotel, dia bukan orang Malaysia tapi macam mana dia tahu Caprice? Misi Caprice? Masalah Caprice.

“Entahlah, tapi dari A ke Z dia tahu. Saya betul-betul tak tahu apa sebenarnya yang saya terlibat sama kali ini,” ujarnya.

PERKONGSIAN Caprice dalam InstaStory yang sekali lagi mencetuskan tanda tanya.
Runsing dengan situasi yang berlaku, Caprice dalam muat naik satu video memberitahu, dia menyerahkan kepada orang ramai untuk menghakimi apa yang berlaku.

“Sesuatu yang pelik berlaku malam tadi. 10 peratus terserah kepada orang agamawan, orang yang beragama untuk kongsi (beri pandangan) tapi saya lebih kisah tentang 90 peratus yang saya lihat dan saya sedari.


“Makin lama jadi makin besar dan lagi dalam. Dia datang, dia berumur 50-an. Kami lepak dan bersantai selama empat jam. Saya perasan dia punya jam. Selama ini kita fikir semua ini adalah konspirasi, teorilah dan macam-macam.

“Saya tegur dia punya jam, dia tegur dan dia kenyit mata. Dan saya pun macam, ‘okey, apa maksud semua ini?’ Dia cakap apa yang saya nak buat di kawasan ini, bagus tetapi sangat-sangat berbahaya.


“Menakutkan. Tahu tahu macam mana dia boleh kenal saya, dan dia siapa? Kerana kita tak tahu sama ada dia kawan kita ataupun musuh kita,” katanya yang tidak memperincikan lebih lanjut apa intipati perbualan mereka.


Menerusi video sama, anak kelahiran Negeri Sembilan itu turut mendedahkan, dia telah membentangkan dua kertas kerja kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.


“Saya ada dua kertas kerja. Tun dah tengok kertas kerja pertama. Yang kedua tak tunjuk siapa-siapa lagi. Dua kertas kerja saya buat kajian demi orang Palestin. Insya-Allah, satu hari kalian akan dapat tengok,” katanya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.