Malaysia rekod kematian harian tertinggi!

Kickbola.net Sebanyak 4,140 lagi kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 466,330 kes. - Gambar hiasan/BERNAMA

Malaysia rekod kematian harian tertinggi! Ini tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini

Selain kekal merekodkan empat angka kes baharu, situasi COVID-19 di negara ini nampak semakin membimbangkan selepas 44 kematian lagi direkodkan hari ini.


I
ni menjadikan ia jumlah kematian harian tertinggi di Malaysia selepas kali terakhir merekodkan kes tertinggi ialah dengan 39 kematian.

Berikut tumpuan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1. Malaysia merekodkan kematian tertinggi iaitu 44 kes, dengan jumlah keseluruhan kematian 1,866.
2. Sebanyak 4,140 lagi kes baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 466,330 kes.
3. Sebanyak 3,432 kes sembuh, dengan jumlah kes aktif 42,135.
4. Seramai 482 pesakit sedang dirawat di ICU, manakala 250 lagi memerlukan bantuan pernafasan.
5. Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan sebanyak 1,507 kes.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.