Malaysia mencatat 6,075 kes baharu COVID-19, hari ini, iaitu yang tertinggi sejak negara dilanda wabak itu pada Februari tahun lalu.
K
ali terakhir Malaysia merekodkan angka harian tertinggi ialah pada Januari lalu membabitkan sebanyak 5,725 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor kekal mencatat bilangan jangkitan baharu yang tertinggi dengan 2,251 kes.
Beliau berkata, ia diikuti Johor dengan 699 kes, Kuala Lumpur (660), Kedah (445) dan Kelantan (441).
"Semua negeri mencatat pertambahan kes, hari ini. Negeri melaporkan kes baharu yang terendah ialah Perlis dengan enam jangkitan dan Putrajaya (sembilan)," katanya melalui kenyataan dalam Facebook, hari ini.