Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2020 Secara Online Kini Dibuka

Picture
Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah.

Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia.


Kini, SPNB diletakkan di bawah pengurusan atau seliaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula tahun 2018.

OBJEKTIF

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi emmpunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

KAEDAH PELAKSANAAN

kaedah permohonan rumah mesra rakyat

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

NOTA:
  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.




REKABENTUK





CARA MEMOHON

  1. Layari Laman Web http://rmr.spnbonline.com.my dan KLIK PENDAFTARAN BARU
  2. Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log Masuk ke Laman Utama dan Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. Isi maklumat ke dalam sistem dengan lengkap
  6. Setelah selesai, Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. Majukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan




DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:
  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa



TANGGUNGJAWAB PEMOHON

  1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  2. Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  3. Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  4. Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  5. Membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan (bayaran pendahuluan tiga (3) bulan diwajibkan sebagai sekuriti pembiayaan)



Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.