Rusia Temui Vaksin COVID-19

Presiden Vladimir Putin luluskan mengeluarkan vaksin COVID-19 pertama dunia menjelang September dan Oktober ini untuk kegunaan orang awam. - Foto AFP
Rusia akan keluar vaksin COVID-19 menjelang September ini

Putin dakwa Russia daftar vaksin COVID-19 pertama dunia.

Presiden Russia, Vladimir Putin, mengumumkan kerajaannya sudah mendaftarkan vaksin pertama di dunia untuk COVID-19, dengan memaklumkan anak perempuannya sendiri sudah menerima vaksin terbabit.

Katanya, pendaftaran oleh kerajaan itu menjadikan negaranya yang pertama di dunia mendaftarkan vaksin untuk COVID-19 selepas ujian klinikal diselesaikan dalam tempoh kurang dua bulan, dengan ujian fasa tiga akan dimulakan tidak lama lagi.

"Setahu saya, vaksin untuk rawatan jangkitan COVID-19 sudah didaftarkan pagi ini, sekali gus menjadikannya yang pertama di dunia.

"Walaupun saya tahu ia berkesan dan membentuk sistem imuniti yang stabil, saya ulang bahawa vaksin ini sudah melepasi semua pemeriksaan yang diperlukan," katanya, seperti mana dilaporkan agensi berita RIA Novosti.


Putin juga mengesahkan bahawa anak perempuannya adalah antara sukarelawan yang menyertai ujian vaksin terbabit.

Sementara itu, ketua Dana Pelaburan Russia, Kirill Dmitriyev, yang membiayai projek vaksin itu, berkata ia diberi nama 'Sputnik V' sempena satelit negara itu.

"Ujian fasa tiga akan bermula esok dan pengeluaran besar-besaran dijangka dilakukan menjelang September ini.

"Vaksin dibangunkan Gamaleya (Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya) ini sudah menerima tempahan lebih satu bilion dos dari 20 negara.

"Russia bersama rakan kongsi asing bersedia untuk menghasilkan 500 juta dos setahun di lima negara," katanya.


Akhir Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 26 vaksin berpotensi pada peringkat penilaian termasuk satu yang didaftarkan di Russia, dibangunkan Institut Penyelidikan Saintifik Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya.

Pendaftaran vaksin berkenaan diperkatakan awal bulan ini, dengan Menteri Kesihatan Russia, Mikhail Murashko, memberitahu media awal bulan ini bahawa ujian klinikal vaksin itu sudah selesai.

"Ujian klinikal vaksin COVID-19 yang dibangunkan Gamaleya sudah selesai, dan kertas kerja berhubung pendaftaran vaksin sedang dilakukan," katanya, menurut laporan agensi berita Tass. - AGENSI


Rusia menyasarkan akan mengeluarkan dua vaksin koronavirus (COVID-19) untuk kegunaan orang awam masing-masing menjelang September dan Oktober ini.

Vaksin yang pertama dihasilkan oleh institut Gamaleya yang beribu pejabat di Moscow dan Kementerian Pertahanan manakala yang kedua pula akan dikeluarkan oleh Vektor iaitu makmal negara dekat bandar Siberia, Novosibirsk.

Setakat ini, Rusia tidak mengeluarkan sebarang data spesifik bagi membuktikan keselamatan vaksin itu atau keberkesanannya.

Bagaimanapun, Kirill Dmitriev yang merupakan ketua dana pelaburan kekayaan Rusia yang membiayai percubaan institut Gamaleya memberitahu CNN: "Ia (pengeluaran vaksin COVID-19) umpama detik-detik (pelancaran) Sputnik."

Sputnik merupakan satelit pertama dilancarkan Rusia pada tahun 1957.

Pada bulan lalu, media China melaporkan, vaksin COVID-19 dihasilkan oleh CanSino Biologics dan digunakan bagi mengimunkan anggota tentera China menjadikan ia sebagai yang pertama diluluskan bagi tujuan kegunaan untuk penduduk walaupun dalam jumlah yang terhad.

Dua lagi syarikat China iaitu Sinovac dan Sinopharm sudah melakukan fasa terakhir iaitu tiga ujian masing-masing di Brazil dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Namun, pegawai tinggi penyakit berjangkit di Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci membangkitkan kebimbangan pada Jumaat lalu berhubung tentang keselamatan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China dan Rusia.

Ia kemungkinan berhadapan dengan penelitian rapi kerana sistem kawal selia di kedua-dua buah negara adalah jauh lebih tidak telus berbanding di Barat.


Fauci ketika ditanya semasa pendengaran Kongres Amerika Syarikat (AS) sama ada negara tersebut mungkin menggunakan vaksin dari China atau Rusia jika ia tiba dahulu berbanding AS bagaimanapun menunjukkan tanda-tanda kemungkinan itu tidak akan berlaku.

"Saya berharap China dan Rusia menguji vaskin masing-masing sebelum diedarkan kepada sesiapa.

"Mendakwa vaksin sudah bersedia untuk diedarkan sebelum anda mengujinya, saya berpendapat, ia menyusahkan," katanya.

Tiga vaksin dari negara-negara Barat kini berada dalam fasa ujian terakhir.

Satu vaksin itu dihasilkan oleh sebuah firma biologi AS, Moderna dan Institut Kesihatan Mental.

Sementara itu, vaskin kedua dibangunkan oleh Universiti Oxford dan AstraZeneca dari Britain manakala yang terakhir oleh BioNTech dari Jerman bersama firma AS, Pfizer.


China dan Rusa sebelum ini menafikan masing-masing terlibat dalam percubaan mencuri penyelidikan tentang virus COVID-19. - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.