Lelaki Berpakaian 'Malaikat Maut' beri kesedaran COVID-19 di India

Kempen tersebut dianjurkan oleh pihak polis di sana.
COVID-19: LELAKI BERPAKAIAN ‘YAMRAJ’, BERI KESEDARAN AWAM.

Seorang lelaki di India berpakaian sebagai 'Yamraj' iaitu malaikat maut bagi kepercayaan penganut Hindu.

Beliau berkempen sedemikian di jalanan di New Delhi bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya duduk di rumah dan penjarakkan sosial dalam memerangi pandemik COVID-19.


Kempen tersebut dianjurkan oleh pihak polis di sana. India mencatatkan lebih 35,000 kes COVID-19 dengan 1,147 kematian setakat ini.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.