Kes COVID-19 Kekal dua Digit

57 adalah kes tempatan, manakala 12 merupakan kes import.
KES COVID-19 KEKAL DUA DIGIT

Jumlah kes positif Covid-19 kekal dua digit, dengan 69 kes dilaporkan hari ini.

57 adalah kes tempatan, manakala 12 merupakan kes import.

Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 39 lagi pesakit pulih dan dibenar discaj.

Sehingga kini, 37 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan daripada jumlah itu, 14 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat pertambahan satu kes kematian yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif, 103 kes.

Ia melibatkan lelaki warga Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.