Jangan Gembira PKP Dilonggarkan, Ingat Kita Belum Menang

PKP Dilonggarkan, Ingat Kita Belum Menang | Penulisan Dr Zek
Jangan Gembira PKP Dilonggarkan, Ingat Kita Belum Menang

Ada yang bersorak gembira dengan apa yang diumumkan oleh PM kita hari ini tentang kelonggaran perintah kawalan pergerakan secara bersyarat.

Kelonggaran tersebut secara serentak diberi demi memulihkan dan memperkukuhkan sektor ekonomi bermula 4 Mei ini dalam fasa PKP ke 4.


Ia dilakukan secara serentak juga dengan aktiviti riadah, tidak secara berperingkat. Kesannya? Maka ramailah keluar rumah.


Kita masih belum menang.

Hari ini kita mencatatkan 69 kes baru positif COVID-19; iaitu 12 kes imported dan 57 kes tempatan. Kes aktif 1758. 39 kes baru yang sembuh, kini total sembuh 4210. Kes masih aktif yang sedang dirawat seramai 1758. 14 kes dari 37 kes di ICU masih menerima bantuan pernafasan.


Angka kematian untuk hari ini 1 orang dan menjadikan jumlah keseluruhannya 103. Saya belum nampak data ini mengembirakan kerana masih banyak tempat dilabelkan zon merah.

Kita masih belum menang.


Kita melihat negara lain yang lalukan kelonggaran lockdown setelah dirasakan kes menurun. Apa jadi pada negara Jepun dan beberapa negara lagi. Kes mereka naik mencanak. Peningkatan Mendadak.

Kita masih belum menang.

Saya ingin kongsikan sejarah Islam berkenaan perang Uhud dan perang Hunain.

Kekalahan dalam perang Uhud bagi umat Islam adalah kerana ketamakkan harta rampasan perang, kegembiraan terlalu awal dan kesombongan dengan sejarah menang perang sebelumnya, dan ingkar perintah Rasulullah sebagai pemimpin perang.

Sementara dalam perang Hunain pula, pasukan Islam jauh lebih banyak iaitu sekitar 10 ribu orang Madinah dan bersama-sama 2 ribu orang Mekah berbanding dengan tentera musuh dengan hanya 4 ribu orang saja. Kenapa umat Islam kalah dalam perang ini? Ini adalah kerana terlalu yakin dan sifat sombong.

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Kita masih belum menang.


Dalam keadaan kelonggaran ini dilakukan secara drastik, bersediakah kita untuk menghadapinya?


PKP pun ingkar. Adakah akan ada kluster baharu? Gelombang ketiga? Adakah akan ada peningkatan kes? Apakah akan persediaan kita untuk hadapinya?



Kita masih belum memang.



Apa-apapun mari kita amati saranan PM kita atas kelonggarkan PKPB (perintah kawalan pergerakan bersyarat) kepada sektor-sektor ekonomi dengan tertakluk kepada beberapa SOP.


Antaranya;
1. kekalkan penjarakan sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter.

2. Kerap basuh tangan dengan air beserta sabun

3. Digalakkan memakai topeng muka ditempat awam terutamanya bagi yang bergejala

4. Saringan kesihatan di pintu masuk premis

5. Perlindungan kepada golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan bayi, dan juga OKU

6. Saringan kesihatan kepada yang tidak sihat

7. Bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu ambil kira penjarakan sosial

8. Digalakkan Transaksi atas talian

9. Laporkan segera kepada pihak berwajib jika ada maklumat mengenai jangkitan COVID-19

10. Perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan seperti sosial gathering, bazaar Ramadan dan balik kampung untuk beraya.


Perlu amalkan norma baru seperti yang disarankan.

Kita masih belum menang.

Pastikan keadaan yang sangat memerlukan baru kita keluar rumah, ya. Saya sendiri masih berkurung jika tak bertugas sebagai frontliner.


Ingat! Kita belum menang. Kenapa nak ‘bersorak gembira’?



Ia terlalu awal. Boleh lakukan berlahan-lahan dan satu persatu.


Namun sebagai petugas barisan hadapan, saya sangat risau.


Semoga kita semua dilindungi oleh Nya.


P/s: ingatkan nak simpan isopod ni dalam kotak. Takpe, kita standby dulu.

Dr Zek


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.