Esok atau lusa penentu PKPB wajar ditamatkan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Esok atau lusa penentu PKPB wajar ditamatkan

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau perkembangan kes COVID-19 setakat esok atau 9 Mei ini, sebelum mengemukakan sebarang percaturan seterusnya bagi menangani wabak itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan penentuan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) wajar ditamatkan pada 12 Mei atau disambung bakal bergantung kepada beberapa faktor.

Katanya, ia merangkumi kes harian COVID-19 yang dicatatkan dalam negara dan kadar kebolehjangkitan yang setakat ini merekodkan 1,584 kes.

"Jadi, kita akan terus pantau kes setiap hari, tetapi dalam 8 Mei (esok) atau 9 Mei ini, kalau kita boleh lihat satu pola, nasihat akan diberikan kepada Perdana Menteri untuk ambil tindakan sewajarnya," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.