Anjing diiktiraf pemandu orang buta pertama di Malaysia mati

Stevens Chan yang hilang penglihatan akibat penyakit glaukoma menggunakan khidmat Lashawn sejak 2012. (gambar utama)
Anjing pemandu orang buta pertama tersenarai ‘Malaysia Book of Record’ mati

Seekor anjing pemandu yang pernah direkodkan dalam Malaysia Book of Record sebagai satu-satunya anjing di negara ini yang berkhidmat sepenuh masa membantu individu cacat penglihatan disahkan mati.

Kematian Lashawn dimaklumkan pemiliknya, Stevens Chan, individu yang hilang penglihatan akibat penyakit glaukoma dan menggunakan khidmat anjing berkenaan sejak 2012.


“Lashawn mati pagi ini akibat jangkitan bakteria. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini terhadap khidmat yang dilakukan anjing pemandu.

“Saya dan isteri masih terkejut dengan kehilangan Lashawn, yang selama ini sentiasa setia di samping saya untuk melancarkan tugasan seharian,” katanya.


Stevens Chan menunjukkan sijil Lashawn tersenarai dalam Malaysia Book of Record sebagai satu-satunya anjing dalam negara yang sebagai anjing pemandu.

Pada 28 November 2018, anjing pemandu berusia 6 tahun itu, Lashawn mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai anjing pemandu pertama untuk golongan cacat penglihatan.


Lashawn adalah anjing yang terlatih dan menjalani latihan di China iaitu Nanking Working Dogs Association sebelum Stevens membawanya ke Malaysia pada 2012.


Chan memberitahu, beliau masih berdepan halangan dan kekangan untuk menggunakan anjing pemandu dalam kehidupan seharian khususnya ketika memasuki pusat beli-belah dan menaiki pengangkutan awam, seperti bas dan LRT.

Menurutnya, banyak pihak tidak bersetuju penggunaan anjing dalam kehidupan seharian memandangkan rakyat Malaysia sering membangkitkan penggunaan haiwan itu dengan larangan ditetapkan Islam.


Sebelum ini, bekas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan tidak ada peraturan dalam Islam yang melarang penggunaan anjing pemandu bagi golongan cacat penglihatan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.