Hanya empat hari! Dua dewan MAEPS sudah bertukar jadi pusat rawatan COVID-19.
Lepas Viral di Jepun cara malaysia handle kebajikan kesihatan para pekerja semasa COVID-19, Malaysia sekali dapat perhatian di Jepun cara kita Build up Hospital sementara dalam 4 hari.
Dengar cerita bukan senang nak dapatkan bahan-bahan dan pekerja dalam masa PKP nie. Terpaksa merayu kedai-kedai hardware untuk buka dan supply barang, kena dapatkan pemandu-pemandu lori untuk hantar barang, kena pujuk pekerja binaan dan pembersihan untuk datang bekerja.
Kat CHINA, kerajaan dia kerah buat hospital, semua terpaksa akur. Sini, kerajaan tak paksa suruh buka kedai, tapi Cina hardware sumbang peralatan, kerajaan tak paksa drebar lori hantar barang,tapi pemandu India sanggup turun padang, kerajaan tak paksa pekerja Melayu wajib datang kerja,tapi dia orang sanggup kerja siang dan malam tuk siapkan hospital mudah alih nie.
Ni lah kelebihan negara kita. Walau berlainan bangsa dan agama, waktu musibah menimpa, kita akan saling bantu membantu.
Hanya dalam tempoh empat hari, dua dewan kosong di Serdang MAEPS berjaya diubah menjadi pusat rawatan serba lengkap.
Terima kasih Jepun.
Arigatogozaimasu
Terima kasih kepada mereka yang menjayakan ini .
ikuti link ini : https://note.com/mango_penang/n/ncbe01941ea68
Itu pencapaian yang direkodkan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dalam usaha bersama demi memerangi penularan COVID-19.
Apa yang lebih membanggakan, dewan berkenaan berjaya diubah sebagai pusat rawatan ketika PKP dikuatkuasakan.
Dua buah dewan yang masing-masing berukuran 9,600 meter persegi dan 3,600 meter persegi kini siap sedia dijadikan sebagai pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 yang mempunyai simptom ringan atau tidak mempunyai simptom.
Ia boleh memuatkan 604 pesakit pada satu-satu masa.
Sementara itu, dalam satu artikel yang diterbitkan portal Twentytwo13, Ketua Pegawai Operasi MAEPS Norafizah Rahman berkata pihaknya memang sudah mahir untuk mentransformasi dewan-dewan di bawah pengurusannya ini berdasarkan acara, seperti konsert dan pemeran automotif.
Tetapi beliau tidak menyangka, pihaknya berupaya untuk mengubahkan ruangan ini kepada pusat rawatan hanya dalam tempoh 4 hari.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date