Malaysia hampir menjadi negara pertama berjaya tangani COVID-19

Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini. Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahan 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat. Ya. KKM tidak bekerja seorang diri
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Malaysia hampir berjaya tangani COVID-19

Dalam masa 7 hari sahaja lagi Malaysia berkemungkinan besar akan bebas dan tidak lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.

KITA berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk.


Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta).


Ia juga jauh meninggalkan negara Serantau seperti Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)



Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini.


Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahan 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat.


Ya. KKM tidak bekerja seorang diri.


Kita adalah antara negara terawal mengadakan lockdown secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara natural.






Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’ sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.


Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan ratusan pusat kuarantin termasuk mengubah suai MAEPS Serdang sebagai pusat rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari.


Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan COVID-19 yang tinggi di dunia.


Setakat semalam, 24.8 peratus kes positif telah pun pulih dan dibenarkan keluar.


Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar global (20.8 peratus) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65 peratus), AS (4.43 peratus), Kanada (17.66 peratus), Israel (5.42 peratus) dan Australia (10.7 peratus).

Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak terganggu dengan politik dalaman.


Antara punca New York menjadi negeri pertama di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif semalam adalah kerana Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump (Republican).



Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, isteri membebel dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan semula.



Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama.


Ya. Ini bukan Kerajaan yang saya undi.


Ini juga bukan Kerajaan yang anda undi, tapi apa yang berlaku telah membuktikan, mereka adalah Kerajaan yang kita perlukan hari ini



“Kita Mesti Menang”

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.