Penemuan Forensik Virus ditemui pada permukaan badan, organ, air kencing mayat pesakit COVID-19

Hasil Bedah Siasat, Virus COVID-19 Dikesan Di Permukaan Badan, Organ Dalaman, Air Kencing & Cecair Badan Mayat- KKM
Penemuan Forensik Virus ditemui pada permukaan badan, organ, air kencing mayat pesakit COVID-19

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat ke atas satu mayat yang dijangkiti COVID-19.

Menerusi bedah siasat tersebut, katanya virus COVID-19 telah dikesan pada permukaan badan mayat, organ, air kencing dan cecair badan.

Penemuan bedah siasat terhadap mayat pesakit Covid-19 mendapati terdapat virus pada permukaan badan mayat melalui analisa Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan baru selepas bedah siasat dilakukan Institut Perubatan Forensik Negara.

"Penemuan itu selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST) keesokan harinya," katanya.


Menurutnya, tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah.


"Bagi mayat bukan Islam pula, apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat," katanya.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.