Asteroid berukuran separuh saiz Gunung Everest Lintasi Bumi Minggu Ini

#TeamRadar dan @NAICobservatory kakitangan mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya semasa kami meneruskan pemerhatian. Minggu ini kita melihat asteroid 1998 OR2 dekat Bumi, yang kelihatan seperti memakai topeng! Ia berjarak sekurang-kurangnya 1.5 km dan melewati 16 jarak bulan!
Asteroid Face Mask Lintasi Bumi

Asteroid berukuran separuh saiz Gunung Everest dijangka terbang melintasi bumi minggu ini, menurut Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di Twitter.

Namun apa yang menarik, menurut para saintis asteroid itu berbentuk seakan topeng muka; sinonim dengan keadaan penduduk bumi ketika ini yang sedang 'berperang' dengan pandemik COVID-19.


Pusat pemerhatian di Puerto Rico menjangkakan asteroid 1998 OR2 itu akan melintasi bumi pada 29 April (Rabu) pada jarak 6.3 juta kilometer.


NASA juga pada masa sama berkata, asteroid berkenaan mempunyai bulan kecilnya sendiri.

Asteroid tersebut ditemui NASA pada tahun 1998.

Ia cukup besar untuk mengakibatkan kesan global jika ia menghentam bumi namun perkara itu menurut saintis tidak akan terjadi.


Kredit: NASA Asteroid Watch


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.