AirAsia laksana dasar perjalanan baharu COVID-19

Kakitangan akan dipantau mengikut garis panduan COVID-19 dan kru kabin perlu memakai peralatan perlindungan termasuk topeng muka dan sarung tangan pakai buang ketika mengendalikan item menu di dalam pesawat
COVID-19: AirAsia laksana dasar perjalanan baharu

AirAsia Group melaksanakan dasar perjalanan baharu dengan mewajibkan pemakaian topeng penutup mulut dan hidung sebelum, semasa dan selepas penerbangan untuk penumpang pesawat berikutan pandemik COVID-19.

Ketua Penguatkuasaan Keselamatan AirAsia, Kapten Ling Liong Tien menjelaskan pihaknya turut menyemak semula dasar bagasi kabin dan membenarkan hanya satu bagasi kabin tidak melebihi 5 kilogram bagi setiap penumpang.


Kaedah tersebut dilaksanakan bagi memudahkan penjarakan sosial antara penumpang dan sesama bagasi terutamanya semasa naik dan turun pesawat.


"Pemeriksaan suhu badan juga disediakan di beberapa pusat seperti pintu masuk bagi mengimbas suhu badan penumpang dan juga kru.


"Kakitangan akan dipantau mengikut garis panduan COVID-19 dan kru kabin perlu memakai peralatan perlindungan termasuk topeng muka dan sarung tangan pakai buang ketika mengendalikan item menu di dalam pesawat," jelasnya.


Tambahnya lagi, mereka juga telah dilatih dengan prosedur menguruskan pesakit atau penumpang yang disyaki tidak sihat di dalam pesawat.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.