Padah jual topeng muka secara tersembunyi premis diserbu

Jangan ambil kesempatan. Kasihani pengguna dalam dalam situasi begini.. Jangan jadi peniaga yang tamak.
Padah jual topeng muka secara tersembunyi premis diserbu

COVID-19 | Sepasukan pegawai Penguatkuasa dari Seksyen Taktikal dan Serbuan KPDNHEP Putrajaya berjaya merampas 223,000 unit topeng muka bernilai lebih RM400,000 di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Topeng muka 3 lapis berkenaan dijual secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang tinggi iaitu RM3.50 seunit melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM2.00 seunit.


Suspek menggunakan laman sosial Facebook untuk mengiklankan penjualan topeng muka berkenaan dan kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi Whatsapp.


PETALING JAYA, 25 MAC 2020 – Sepasukan pegawai Penguat Kuasa dari Seksyen Taktikal & Serbuan KPDNHEP Putrajaya telah membuat serbuan di sebuah premis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Hasil serbuan dan pemeriksaan ke atas premis tersebut, menemukan sejumlah 223,000 unit topeng muka 3 lapis yang di sorok untuk dijual secara tersembunyi kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM3.50 seunit melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM2.00 seunit. Nilai rampasan bagi kesemua topeng muka yang dirampas adalah dianggarkan berjumlah RM446,000.00.

Operasi ini dijalankan hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan penjualan topeng muka yang melebihi harga maksimum kawalan di facebook Face Mask Wholesale (Malaysia Only) dan Pseud John

Elton. Suspek menggunakan laman sosial facebook untuk mengiklan penjualan topeng muka. Kaedah penjualan adalah melalui pesanan aplikasi whatsapp dan barang dihantar melalui pos atau melalui kaedah Cash On Delivery (COD) di kawasan Kota Damansara Petaling Jaya.

Suspek di dapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1,000,000.00; atau jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, di denda tidak melebihi RM100,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.


Pengguna disarankan agar menyalurkan maklumat kepada Kementerian ini dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau http://e-aduan.kpdnhep.gov.my..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.