Keluarga sahkan mayat ditemui adalah Nora Anne
Keluarga remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu mengesahkan mayat yang ditemui pasukan SAR di kawasan Pantai, Seremban tengah hari Selasa adalah mayat anak perempuan mereka, Nora Anne Quoirin.
Pengesahan itu diperoleh selepas keluarga mangsa membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).Bagaimanapun, proses bedah siasat belum dijalankan dan hanya akan dilakukan pada jam 10 pagi esok oleh Senior Patologi dari Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Seremban, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, operasi SAR masih diteruskan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Jam 1.57 petang tadi, mayat Nora Anne ditemui sekumpulan pendaki yang menyertai pasukan SAR di Gunung Berembun, 2.5 kilometer dari resort penginapannya dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai.
Sumber: Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date