Gila! Pengasuh mengaku letak ubat tidur dalam botol susu baby

"Saya buang susu yang dibuat oleh pengasuh dan terhidu bau anggur merah. Kemudian saya bandingan dengan susu yang dibuat oleh saya, ternyata baunya berbeza," katanya. | Majikan dah cukup baik tak lapor polis. Kalau buat lagi, tak tau la.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



(Video) 'Saya bohong, biar saya cium kaki ibu' - Pengasuh mengaku letak ubat tidur dalam botol susu baby

Baru tiga bulan berkhidmat sebagai pengasuh di rumah majikan, namun wanita ini tergamak mengkhianati kepercayaan majikannya dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Pasangan Vierza dan suaminya, mengupah Ju sebagai pengasuh kepada anak-anak mereka dan sebagai majikan, sudah semestinya ada beberapa peraturan yang harus dipatuhi oleh pengasuh berkenaan. Malangnya, pengasuh itu mula mengkhianati kepercayaan majikannya.

"...baru tiga bulan bekerja dengan saya. Awal ketika saya berpantang, saya sangat suka dengan dia yang boleh menjaga anak-anak saya sampai anak pertama saya sangat rapat dengan dia. Di mata saya dan suami, dia sangat sempurna. 

"Saya dan suami bekerja, keluar dari rumah jam 5 pagi dan pulang pada jam 9 malam. Namun dua tiga minggu kebelakangan ini, anak kami, Great, selalu tidur awal dan saya tidak curiga. Tetapi lama-kelamaan saya fikir, kenapa Great tak ada bangun minta susu? Pampersnya juga kering, saya bimbang dia dehidrasi. 

"Saya cuba bangunkan dia tetapi dia tak bangun. Saya fikir tiada apa-apa, mungkin perkara biasa sahaja. 

"Sehinggalah saya menceritakan kepada rakan dan rakan memberitahu mungkin anak saya diberi ubat tidur yang membuatkan dia lena tak terbangun. Saya tidak menerima tuduhan itu tetapi malam kelmarin pengasuh kata dia tidak dapat bekerja pada petang itu. 

"Saya tanya dia kenapa, dia kata tiada apa-apa, cuma beritahu dia takut melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh kami. Ini bukan kali pertama dia mengancam saya yang dia nak berhenti kerja. Setiap kali dia nak pinjam wang, saya bagi.

"Tapi tuhan baik, malam itu suami suruh saya bangunkan baby tetapi tak bangun-bangun walaupun dah ditepuk, dicium sampai diangkat-angkat. 

"Saya buang susu yang dibuat oleh pengasuh dan terhidu bau anggur merah. Kemudian saya bandingan dengan susu yang dibuat oleh saya, ternyata baunya berbeza," katanya. 

Vierza kemudian menyoalsiasat pengasuh anaknya itu dan setelah didesak, akhirnya dia mengaku meletakkan ubat tidur dalam susu anak majikannya semenjak tiga hari yang lalu. 
"Bu.. bu... Jangan main kasi saja bu, itu nyawa orang.. Siapa yang ajar bu buat begini?" soal suami Vierza.

Ju kemudian menunjukkan jumlah ubat tidur yang dimasukkan dalam botol susu anak majikannya.

"Kalau orang lain, tak ada banyak bicara, pasti diseret ke balai polis," kata suami Vierza lagi.

Walaupun begitu, Vierza memilih untuk memaafkan pengasuh anaknya itu kerana memikirkan Ju yang masih mempunyai anak-anak kecil. Namun, Vierza memberi amaran kepada Ju agar tidak mengulangi lagi perbuatannya itu. 

"Anak saya muntah terus setiap kali minum susu. Doktor kata perutnya penuh dengan gas dan dos ubat itu masih 'bekerja' dalam badan anak saya," katanya. 

Vierza berkata, apa yang berlaku itu membuka matanya agar tidak terlalu percaya kepada pengasuh. Dia tidak mahu menghukum Ju tetapi berserah kepada Tuhan untuk membalas perbuatannya itu. 
Dia juga menasihatkan ibu bapa di luar sana berhati-hati dan sentiasa peka dengan perubahan anak-anak yang dijaga oleh pengasuh. 

Sumber: Febevierza912

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.