Pelakon dihina kemaluan berbau ikan masin, saman bekas suami

MERASAI dirinya dihina dan dimalukan, seorang pelakon Indonesia, Fairuz A Rafiq memfailkan saman terhadap bekas suaminya, pelakon Galih Ginanjar yang mendakwa kemaluannya berbau seperti ikan masin.

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Dihina kemaluan berbau ikan masin, pelakon saman bekas suami

Galih didakwa membuat penghinaan tersebut ketika ditemubual seorang hos televisyen, Rey Utami untuk program yang disiarkan menerusi saluran YouTube baru-baru ini.

Video yang kini semakin menjadi tular memaparkan temubual Galih dan Rey di mana Galih menceritakan hubungan intimnya dengan Fairuz kebiasaannya hanya bertahan selama 15 minit ketika mereka masih bergelar suami isteri.

GARA-GARA mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah program bual bicara di YouTube, pelakon Indonesia Galih Ginanjar bakal berhadapan dengan hukum penjara maksimum selama enam tahun.


Menurut laporan CNN Indonesia, bekas isterinya yang juga seorang aktres Fairuz A Rafiq membuat laporan polis selepas Galih membuka aibnya secara terbuka dengan menceritakan kisah ‘dalam kain’ ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Menerusi pendedahan tersebut, Galih memberitahu hubungan kelamin yang dilakukan mereka hanya bertahan selama 15 minit.

Malah, lebih keterlaluan apabila Galih turut mendakwa alat sulit bekas isterinya berbau seperti ikan masin.

Picture
FAIRUZ (dua dari kiri) dan suaminya, Sonny Septian (kiri) telah membuat laporan polis terhadap Galih dan Rey pada 1 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 namun disahkan bercerai tiga tahun kemudian.



Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata lelaki.


Berang dengan pendedahan itu, Fairuz dan suaminya, Sonny Septian telah membuat laporan polis terhadap Galih dan Rey pada 1 Julai lalu atas sebab menyebarkan kandungan program yang tidak bermoral.



Pasangan itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Jakarta ditemani peguam mereka, Hotman Paris Hutapea.


Jika disabitkan bersalah, Galih akan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum enam tahun.

Kes Hina Kemaluan Bau Ikan Masin: Setahun Empat Bulan Dalam Penjara Rey Utami Kini Bebas! Ini Yang Berlaku

Youtuber Indonesia yang terpalit dengan kes hina kemaluan berbau ikan masin, Rey Utami kini dibebaskan.


Menurut laporan Kompas.com, Rey yang menjalani humuman penjara selama 1 tahun 4 bulan itu dibebaskan pada 8 November lalu.

Berikut merupakan fakta-fakta Kronologi kes yang membabitkan dan digelar ‘Trio Ikan Masin”:

1. Pada awal tahun 2020, dunia hiburan nusantara menjadi bualan hangat dengan kes fitnah sebagai Trio Ikan Masin yang melibatkan Rey Utami, Benua Pablo, dan Galih Ginanjar. Mereka bertiga dihukum kerana mencemarkan nama baik pelakon Fairuz A Rafiq menerusi saluran YouTube.

2. Fairuz merupakan bekas isteri kepada aktor Galih Ginanjar. Kes bermula selepas Galih dikatakan telah memburukkan nama baik Fairuz dan didakwa menceritakan hal peribadi secara terbuka dengan menceritakan aibnya ketika mereka masih bergelar suami isteri menerusi sebuah program talkshow yang disiarkan di laman YouTube.


3. Lebih memburukkan keadaan, Galih mengaibkan Fairuz dan mendakwa kemaluan bekas isterinya berbau seperti ikan masin!

4. Bukan hanya Galih, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara setahun empat bulan dan setahun lapan bulan kepada dua YouTuber, Rey Utami dan Pablo Benua kerana menghina, mencalar maruah Fairuz hingga mengalami tekanan emosi.

5. Sewaktu perbicaraan kes kemaluan berbau ikan masin awal Februari lalu, Fairuz mengalami tekanan emosi dan ketika prosiding perbicaraan berlangsung sekitar sejam, pelakon wanita itu diberikan rehat selama 15 minit kerana keadaannya yang terlalu lemah dan tidak berdaya.

6. Lebih huru-hara ketika Fairuz dibawa keluar dari bilik perbicaraan, pelakon itu tiba-tiba pengsan sambil dipapah oleh ahli keluarganya ke ruang rehat.

7. Walaupun Rey dibebaskan namun Benua dan Galih masih dipenjarakan kerana hukuman mereka lebih lama berbanding Rey.

Sekadar info, Rey merupakan vokalis kedua dalam single band Dadali yang berjudul Di Saat Aku Mencintaimu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.