Thank you Dr.Amalina. Beauty with brain and have a beautiful heart
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini popular di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.
P
embedahan yang berjaya membuang tumor 200 gram di mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi viral semalam.
Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, menerima kira-kira 44,500 tweet setakat jam 1 tengah hari.
Pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau atas kejayaan pembedahan itu dan bantuan yang dihulurkannya bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama kedua-dua ibu bapanya untuk menjalani pembedahan itu.
Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan pembedahan itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh.
“Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr Amalina atas usaha ini!”
Koresponden TV3 Malaysia di United Kingdom, Haliza Hashim (@HalizaTV3London) menyatakan terima kasih kepada Dr Nur Amalina atas usaha beliau membawa keluarga itu ke London.
“Sejak beberapa tahun ini saya telah menulis banyak cerita mengenai @DrAmalinaBakri. Betapa besarnya cabaran untuk membawa bayi #ainulmardhiah ke London. Saya amat berbangga dengan anda, doktor!” katanya menerusi tweet.
Seorang pengguna Twitter, @Haziq_Escobar juga menyentuh mengenai pembedahan itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr Nur Amalina atas usaha luar biasa beliau itu.
“Terima kasih kepada Dr Amalina Bakri, bayi Ainul berjaya melalui pembedahan untuk membuang tumor itu. Tidak lama lagi mereka akan tahu sama ada kanser itu sudah tidak aktif lagi atau sebaliknya. Kejayaan hebat buat para doktor dan orang ramai yang telah menghulurkan sumbangan. Mereka benar-benar berhati mulia dan anugerah Tuhan,” kata beliau.
Seorang lagi pengguna Twitter,@princessfazriyn berkata: “Dr Amalina kini menjadi trend. Wahai rakyat Malaysia, marilah kita meluangkan masa sejenak untuk menghargai pengorbanan beliau daripada tiada apa-apa kepada sesuatu yang amat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita, rakyat Malaysia). Dr Amalina layak digelar seorang ‘superwoman’.”
Sementara itu, netizen memenuhkan akaun Instagram Dr Nur Amalina dengan ucapan tahniah dan komen-komen baik atas kejayaan pembedahan itu.
Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menerusi akaun Instagram beliau catrionabrianross) mencatat: “Alhamdulillah…tahniah Dr Amalina & pasukan.”
Pakar Dermatologi Dr Shaaira Nasir memuji Dr Nur Amalina atas kejayaannya menyelamatkan bayi itu.
“Usaha yang menakjubkan. Saya tidak sabar-sabar hendak melihat kemajuan dan perkembangan beliau mulai dari sekarang. Alhamdulillah,” katanya di status Instagram Dr Nur Amalina.
Semalam, bapa Ainul Mardhiah memberitahu menerusi akaun Facebooknya yang Ainul telah sedar dan dirawat di unit rawatan rapi untuk memastikan keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa kemudian.
Hari ini, beliau menghantar video Ainul Mardhiah yang cuba bertindak balas kepada ibunya yang bertutur sesuatu kepadanya.
Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr Nur Amalina menghulurkan bantuan.
Malaysia Airlines menyumbangkan tiket penerbangan untuk bayi itu dan kedua-dua ibu bapanya. – BERNAMA
Selain Dr Amalina, ainul juga ada aunty2 barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga. Mereka semua adalah Doktor doktor yang hebat!
Special thanks to Dr Jaseem ( Avisena ) and Dr Guna ( SJMC ) yang merupakan Doktor dari Malaysia yang menguruskan transfer ainul dari Malaysia ke London. Tugas mereka sangat berat kerana perlu memastikan ainul selamat ketika dalam perjalanan ( penerbangan 13 jam ). Alhamdulillah, Doktor berdua ini dapat hantar ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya
Dan, Dr Razin ( Medical Director MAS ) yang bantu untuk membenarkan ainul lepas untuk menaiki flight. Dr Razin and team Mas banyak juga ambil tempat dalam menjayakan Ainul ke London. Special thanks dekat Pilot yang bawa ainul termasuk crew cabin yang banyak bantu kami di atas flight!
Setibanya kami di london, kami sekeluarga telah dijemput oleh Dr Fahja ( Anaes, UK ), Dr Najmiah ( anaes, UK ), Prof Dr Faridah ( Lect, UK ) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil dari MAS London. Sepupu saya dari malaysia juga turut menemani kami dari malaysia, Dr Ruhaiza dari Hospital Melaka.
Mereka ini adalah kakak kakak kami di sini. Mereka bantu uruskan dari segi penginapan, makanan, dan sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat buat kami suami isteri. Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, sentiasa memudahkan urusan kami. Mereka hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja, the rest mereka uruskan. Baik sungguh hati!
Walaupun mereka semua sibuk dengan kerja dan keluarga masing masing, tapi sentiasa curi masa untuk bersama kami dan ainul di hospital.
Kami sangat-sangat gembira dengan Allah bila DIA telah kirimkan kepada kami pelbagai jenis manusia yang baik hati supaya dapat memudahkan segala urusan kami di sini.
Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia; Encik Jeffri dan Dr Shafie.
Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua!