Kecewa kerana gadis yang diminati menolak cintanya, seorang pelajar lelaki yang baru berusia 13 tahun bertindak nekad cuba terjun dari bumbung tingkat dua sekolahnya di Banting pada Selasa.
P
elajar tingkatan satu itu sempat meluahkan kekecewaanya pada sekeping nota sebelum mengambil keputusan cuba untuk membunuh diri kerana kecewa gadis idamannya memilih untuk rapat dengan pelajar lelaki lain.
“Menurut komander operasi, setibanya jentera di lokasi didapati benar berlaku cubaan membunuh diri oleh seorang pelajar sekolah dan mangsa telah berjaya dipujuk serta diselamatkan oleh pihak Agensi Pertahanan Awam yang telah sampai terlebih dahulu.
“Mangsa dibawa ke Hospital Banting oleh Ambulans untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor.
Video pelajar tersebut berjalan di atas bumbung sekolah sebelum bergelut dengan pasukan penyelamat tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.30 petang mengatakan ada seorang pelajar cuba membunuh diri.
Sejurus menerima panggilan, polis bergegas ke lokasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat.
Murid itu berjaya diselamatkan setelah dipujuk hampir setengah jam.
“Pelajar ini hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah dibawa ke hospital Banting untuk rawatan.
“Siasatan mendapati pelajar ini mengaku cuba untuk bunuh diri kerana kecewa dengan seorang pelajar perempuan lain sebaya dengannya.
“Mangsa mengatakan telah berjumpa dengan pelajar perempuan terbabit semalam untuk meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak.
“Pelajar perempuan itu memberi alasan tidak meminati mangsa dan lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain. Ekoran penolakan cinta, mangsa berasa putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri,” katanya seperti dilapor Utusan Online.
Azizan berkata pelajar lelaki itu tidak mempunyai sebarang masalah disiplin dan guru mangsa juga menjelaskan dia pelajar yang baik tetapi terpengaruh dengan mainan perasaan.
“Mengikut keterangan gurunya mangsa tidak ada sebarang masalah disiplin di sekolah dan merupakan pelajar yang baik serta pendiam.
“Setakat ini, kita juga masih belum menerima sebarang laporan polis sama ada yang dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini,” katanya.

Tags