BERCERITA soal kesihatan, setiap individu mempunyai rutin dan rahsia tersendiri.
Ada yang suka bersenam di gim, ada pula yang mengambil pemakanan tertentu.Namun, kisah seorang lelaki yang menjadikan air kencing sendiri sebagai minuman kesihatan ternyata mengejutkan ramai pihak.
Fabian Farquharson, 37, berkata, dia sudah mengamalkan minuman itu sejak tiga tahun lalu.
Jelasnya, semua itu bermula apabila dia membaca mengenai kelebihan air kencing menerusi internet.
Setiap hari, dia akan meneguk air kencing baharu dan juga air kencing yang disimpan dalam tempoh sebulan.
Bekerja sebagai pereka hiasan dalaman, dia mendakwa semakin sihat, gembira dan bijak apabila mengamalkan minuman itu.
"Saya membuat pencarian mengenai perubatan alternatif dan membaca mengenainya. "Saya memang berfikiran terbuka, saya cuba minum air kencing.
Setelah percubaan itu, saya mula rasa hebat.
"Seolah-olah penuh dengan tenaga. Ia menjadi amalan harian saya. Anda pun patut cuba," kata Fabian seperti dilaporkan Mirror.
Dalam pada itu tiada bukti perubatan mengatakan air kencing boleh membantu memberi kesihatan kepada tubuh badan.