Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong
Pihak berkuasa imigrasi Indonesia di Palembang, Indonesia telah menahan pakar perubatan alternatif terkenal di Malaysia, Dato’ Chris Leong dan rombongannya seramai 20 orang didakwa kerana telah melanggar peraturan visa pelancong mereka dengan menjalankan rawatan secara tidak sah kepada penduduk tempatan tanpa izin.
Media Indonesia yang melaporkan insiden itu memberitahu bahawa beliau menjalankan aktiviti itu semasa serbuan dibuat di sebuah hotel 4 bintang di Palembang.Seramai 16 orang rakyat Malaysia, 2 warga Hong Kong, seorang warga Ireland dan seorang warga Belgium ditahan ketika serbuan dilakukan. Kesemua mereka didakwa merupakan sukarelawan yang berkerja di bawah agensi Chris Leong yang berpengkalan di Malaysia.
Walau bagaimanapun, penangkapan itu telah membuatkan rata-rata pelanggannya risau kerana telah melangsaikan sejumlah wang bagi mendapatkan rawatan. Namun pun begitu, Chris dalam satu status Facebook miliknya memberitahu bahawa bayaran balik akan dilaksanakan.
“Kami tahu anda prihatin. Mohon maaf bahawa lawatan ke Jakarta dan Surabaya telah dibatalkan. Kami akan memproses pengembalian wang kembali kepada anda. Tolong beri kami sedikit masa. Anda akan menerima teks atau email dari kami segera. Maaf untuk segala kesulitan.”
Rakyat Malaysia ditahan di Palembang sukarelawan perubatan alternatif
Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong
Datuk Chris Leong, pakar tulang kaedah perubatan terapi Cina Tit Tar ditahan bersama 19 sukarelawan untuk agensi Chris Leong Method (CLM) termasuk empat warga asing kerana melanggar peraturan visa melancong pada 8 Januari lalu.
Menurut laporan media Indonesia, Chris dilaporkan ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Palembang bersama pasukan sukarelawannya itu yang terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, dua warga Hong Kong serta masing-masing seorang warga Belgium dan Ireland.
Sementara itu, berdasarkan status dimuat naik di akaun Facebook milik Chris, penyokongnya membuat satu petisyen dalam talian bagi mendesak usaha dilakukan untuk membawa Chris bersama sukarelawan pulang ke Malaysia.
Petisyen itu menggesa satu tindakan yang sama diambil seperti kes penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar memaklumkan semua tahanan itu ditahan pada 9 Januari lalu di Palembang, Sumatera Selatan.
Menurutnya, berikutan itu pada 18 Februari lalu Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya, Retno L P Marsudi untuk memberi perhatian kepada isu kebajikan serta kesihatan tahanan.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags