Malaysia Airlines terima pesawat Airbus 350 XWB kelima

Malaysia Airlines dijangka terima enam A350-900 bermula Khamis ini sehingga Jun tahun depan. - Foto Kapten MAS (Zainal Azmin)/Airbus
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Malaysia Airlines terima pesawat Airbus 350 XWB kelima

5 perkara menarik tentang pesawat terbaharu Malaysia Airlines

SYARIKAT penerbangan nasional, Malaysia Airlines dijadualkan menerima pesawat Airbus 350 XWB pertama pada Khamis yang dijangka bakal membawa industri penerbangan Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi.


Berikut lima fakta menarik mengenai pesawat era baharu berkenaan.

1. Enam unit pesawat Airbus A350-900 akan disewa dari Air Lease Corp dari Los Angeles, Amerika Syarikat menerusi program selama 12 tahun.

2. Pesawat A350 itu dijangka dapat mengurangkan kos operasi untuk penerbangan ke London sebanyak 40 peratus berbanding mengunakan A380.

3. Empat pesawat A350 akan digunakan untuk penerbangan KL-London, mengantikan pesawat super jumbo A380.

4. Ia boleh memuatkan 286 penumpang melibatkan kelas pertama, kelas perniagaan, kelas ekonomi plus dan kelas ekonomi.


5. Malaysia Airlines dijangka menerima enam A350-900 bermula Khamis ini sehingga Jun tahun depan.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.