Salah Salem Saleh Sulaiman didakwa di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018

Lelaki warga Denmark, Salah Salem Saleh Sulaiman, 46, yang menjadi individu pertama didakwa di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018, dihukum penjara seminggu dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menerbitkan berita tidak benar berhubung kelewatan polis tiba di lokasi pembunuhan pensyarah warga Palestin, dua minggu lalu. - Foto Saddam Yusoff

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Salah Salem Saleh Sulaiman didakwa di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018

Seorang lelaki warga Denmark didenda sebanyak RM10,000 dan dipenjara selama seminggu oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menerbitkan dengan niat jahat berita tidak benar berhubung kelewatan polis ke lokasi pembunuhan seorang pensyarah warga Palestin.

Tertuduh Salah Salem Saleh Sulaiman mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mahkamah juga memutuskan tempoh penjara tertuduh dilanjutkan kepada sebulan sejak tarikh dia ditahan pada 23 April lalu sekiranya tidak mampu membayar denda.

Mengikut pertuduhan , lelaki berbangsa Yaman ini didakwa melakukan perbuatan itu pada 21 April lalu diantara jam 6.50 hingga 9 pagi di sekitar Kondominium Puteri Idaman , Jalan Meranti, Wangsa Maju .

Rakaman video berdurasi 1 minit 49 saat itu diterbitkan di akaun Youtube atas nama Salah Sulaiman bertajuk "Pembunuhan Shaikh Al Ghazawi Fadi Al Batsy cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik wakil".

Pendakwaan dibawah Subseksyen 4(1) Akta Antiberita Tidak Benar 2018.


Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh untuk memadam video berkenaan dari akaun Youtubenya.

Dalam pada itu, Salah Salem turut menyatakan kekesalan dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas perbuatanya.

Ini kerana dia tidak tahu tentang undang-undang negara ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya, Noor Jazilah Mohd Yushaa meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan video berkenaan bukan sahaja mencalarkan imej PDRM dan negara tetapi turut mengguris perasaan keluarga mangsa.

Perbuatan menyebarkan berita tidak benar juga sangat serius dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Untuk rekod , ini adalah kes pertama membabitkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 setelah digazetkan pada 11 April lalu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.