(Gambar) Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Kedua Ditemui, Dijumpai Bersama Beberapa Ketul Bata . MANGSA ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi.
Mayat mangsa terjun jambatan ditemui
Mayat mangsa, Mohd Sukri Saad, 38, ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun, jam 9.02 pagi tadi.Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Selasa lalu, pasukan peronda JSAHMS menemui sebuah motosikal jenis Modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 serta telefon bimbit yang ditinggalkan di tepi jalan jambatan berkenaan.
Mangsa juga dipercayai sempat memuat naik status di laman sosial Facebook dan meluahkan rasa tertekan kerana berhadapan dakwaan memiliki rokok seludup, sebelum ia kemudiannya menjadi viral.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date