Kelindan Lori Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori


Lelaki Maut Dalam Keadaan Leher Dijerut Tali Selepas Dipercayai Terjun Dari Lori

Prai, 27 Okt: Seorang kelindan lori berusia 35 tahun maut selepas dipercayai terjun dari lori yang dinaiki dalam keadaan leher terikat dengan tali pada pemegang tangan pintu kenderaan terbabit dalam kejadian yang berlaku 3.30 petang hari ini.


Sebelum kejadian, lelaki terbabit dikatakan bergurau dengan rakan bahawa dia ingin mati namun tidak diendahkan oleh pemandu lori terbabit yang berusia 58 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, lelaki itu dan rakannya dalam perjalanan dari Bayan Lepas untuk menghantar barang kepada pelanggan.

Beliau berkata, setiba di Prai, lelaki yang pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, memberitahu rakannya dia mahu membunuh diri.

"Rakannya menganggap ia gurauan dan terkejut apabila namun lelaki itu mengikat lehernya dengan tali yang digunakan untuk mengikat barang pada pemegang tangan pintu lori.

"Lelaki itu kemudian membuka pintu sebelum terjun dari lori menyebabkan lehernya dijerut tali berkenaan," katanya.

Nik Ros Azhan berkata, lelaki itu baru tiga hari bekerja dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.