Menyayat Hati! 4 Foto selfie terakhir si isteri sebelum maut kemalangan tragik!

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Menyayat Hati! 4 Foto selfie terakhir si isteri sebelum maut kemalangan tragik!.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Sungguh Sayu dan Menyayat Hati : 4 Foto selfie terakhir isteri sebelum maut kemalangan tragis

Seorang wanita terputus kepalanya manakala suaminya pula putus tangan setelah motosikal mereka kemalangan di Kilometer 14.2 di Lebuh Raya Seremban - Port Dickson, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 4.45 pagi itu, Nor Azina Mohd Ratki, 39, meninggal dunia di tempat kejadian. Suami mangsa pula, Shamasrol Abu Bakar, 36, parah.

Menurut sumber, kemalangan itu berpunca apabila Shamasrol yang menunggang Naza Blake GT600 terbabas lalu melanggar pembahagi jalan.

Picture Picture Picture

Kejadian itu menyebabkan leher Nor Azina terseret di besi penghadang jalan sebelum terputus dan tercampak 10.5 meter dari badannya.

"Lelaki itu tercampak dan terkena besi penghadang jalan menyebabkan tangan kirinya putus sehingga paras siku," katanya yang mengekori motosikal pasangan terbabit.

Menurut abang Nor Azina, mangsa dalam perjalanan ke Petaling Jaya, Selangor selepas berbuka puasa bersama rakan mereka yang berkonvoi ke daerah berkenaan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, adik saya dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

Jenazah Nor Azina akan dikebumikan di Kota Damansara. Suami mangsa yang cedera parah kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar.

Difahamkan pasangan itu mempunyai tiga anak berusia lingkungan sembilan tahun hingga 16 tahun.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.