Gambar Penuh Drama! Insiden Tebusan Sydney Australia 15 December 2014


Tebusan Sydney: Lima berjaya larikan diri

Lima individu berjaya melarikan diri keluar daripada kafe Lindt di tengah Sydney iaitu lokasi lebih 30 orang tebusan yang ditawan lelaki bersenjata, pagi tadi.

Dua orang di dalam kafe berkenaan sebelum itu dilihat memegang bendera mengandungi paparan tulisan Arab.



SEORANG lelaki dilihat menerusi dari tingkap di kafe Lindt di Sydney hari ini. Beberapa tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata dalam kafe itu dengan bendera terpapar tulisan Arab di tepi tingkap, kata saksi dan laporan. - Foto Reuters


Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales, Catherine Burn mengesahkan bahawa lima individu berkenaan muncul dari lokasi terbabit, ketika insiden tebusan di kafe itu sudah berlanjutan lebih enam jam.








































"Perkara pertama yang kami lakukan adalah memastikan mereka selamat. Kami akan mengenalpasti siapa mereka dan kemudian kami akan terus bekerjasama dengan mereka.

"Kami tidak mempunyai apa-apa maklumat berkaitan punca situasi buruk ini berlaku pada peringkat ini," kata Burn.
SEORANG tebusan melarikan diri ke arah anggota polis ketika keluar dari kafe Lindt di tengah Sydney hari ini, berdekatan lokasi lebih 30 orang tebusan yang ditawan lelaki bersenjata. - Foto Reuters



Beliau turut menjelaskan pasukan perunding polis telah mula berhubung dengan lelaki bersenjata itu.


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis wilayah berkenaan, Andrew Scipione pula berkata, pihaknya masih tidak dapat mengetahui motif sebenar lelaki bersenjata itu dan tidak pasti berapa ramai orang berada di dalam kafe berkenaan.



WARTAWAN menunggu di lokasi bagi melaporkan kes tebusan di kafe Lindt, Sydney. - Foto AFP 


"Kami masih belum mengesahkan sama ada ia adalah satu insiden yang berkaitan keganasan. Kita sedang berhadapan dengan situasi tebusan yang ditawan penjenayah bersenjata dan kita mesti berdepan dengan sewajarnya," katanya.

Scipione berkata, pihaknya kini dalam proses menjamin dan memastikan insiden ini akan berakhir dengan aman.
TEBUSAN memegang bendera berwarna hitam dan putih dengan tulisan Arab dilekatkan di tingkap kafe Lindt di Sydney hari ini. - Foto AP







Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott ketika ditemui pemberita di ibu negara itu di Canberra menjelaskan masih tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu bermotifkan politik.



"Kita tidak tahu sama ada ini adalah bermotifkan politik, walaupun jelas terdapat beberapa tanda bahawa ia mungkin boleh terjadi," katanya. - AP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.