Ibu Sanggup Bergadai Nyawa Selamatkan Anaknya Dari Dilanggar


Ibu Bergadai Nyawa Selamatkan Anaknya Dari Dilanggar

KUALA TERENGGANU: Kerana sayangkan anak, seorang ibu sanggup mengorbankan nyawanya dengan menolak anak lelakinya ke tepi jalan dan membiarkan dirinya dirempuh sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang di sini, pagi ini.

Dalam tragedi menyayat hati itu, murid Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang Muhammad Izzudin Najmi Ibrahim, 12, hanya mampu melihat jasad ibunya Dayang Che Abdul Kadir, 54, terbaring kaku di atas jalan.

Ketika kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa yang berasal dari Kampung Pasir Panjang sedang melintas jalan untuk menghantar Muhammad Izzudin ke sekolah selepas singgah minum di sebuah warung berhampiran.

Bagaimanapun, ketika melintas jalan tiba-tiba mangsa melihat sebuah motosikal ditunggang laju ke arah mereka.

Difahamkan, mangsa yang menyedari kehadiran motosikal itu bergegas menolak anaknya ke bahu jalan sebelum dirinya sendiri dirempuh.


Akibat daripada rempuhan itu, mangsa dipercayai terjatuh dengan kepalanya telah terhentak di atas jalan menyebakan berlaku pendarahan yang banyak dan dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sementara penunggang motosikal, seorang pelajar tingkatan empat hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.