4 Beradik Yang Ditinggalkan Ibu tidak berhati perut Masih Dibawah Jagaan Polis

4 Beradik Yang Ditinggalkan Ibu Mereka Masih Dibawah Jagaan Polis

Empat beradik yang didakwa ditinggalkan oleh ibu mereka di Sibu Jaya semalam masih lagi di bawah jagaan polis tetapi kini berada di Hospital Umum Sibu sehingga siasatan terhadap kes tersebut selesai.

ADUN Pelawan, David Wong berkata beliau telah berhubung dengan Menteri Kebajikan,Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Hajah Fatimah Abdullah tentang kes empat beradik itu.

"Pihak polis perlu mencari ibu bapa kanak-kanak bagi memastikan niat sebenar mereka dan menemubual datuk dan nenek kanak-kanak tersebut bagi memastikan kemampuan mereka sebelum jabatan kebajikan boleh campur tangan, "katanya ketika dihubungi hari ini.

"Setelah dipastikan bahawa datuk dan nenek kanak-kanak tersebut tidak mampu menjaga mereka, jabatan kebajikan akan campur tagan dan kanak-kanak tersebut akan dihantar ke Rumah Kanak-Kanak (anak yatim) di Kuching.", katanya lagi.

Dr. Jayum Jawan, seorang professor yang berasal dari Sibu berkata,beliau sedih dengan insiden tersebut dan hairan setelah mengetahui tiada sebarang pemimpin atau organisasi Dayak yang tampil untuk membantu adik beradik tersebut.

"Saya diberitahu bahawa gereja cina telah tampil menawarkan bantuan. Perkara yang memalukan bagi Dayak dan pemimpin mereka", katanya melalui Whatsapp.

Kes empat beradik ini telah manjadi viral di laman sosial sejak semalam. Mereka ditinggalkan di Sibu Jaya, Sarawak bersama RM70 untuk hidup.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.