Pos Malaysia kini telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan yang mana mereka tidak lagi akan menyokong penghantaran yang menyertakan bateri litium dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (serta sebaliknya) bermula 1 November ini.
Pos Malaysia : Tiada Lagi Penghantaran Powerbank Ke Sabah Sarawak Dari Semenanjung Malaysia
Terbaru, Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi dimana mereka tidak lagi membuat penghantaran yang menyertakan bateri litium dari Semenanjung Malaysia ke Sabah & Sarawak mulai 1 November ini.
Ia berikutan dengan peraturan IATA yang menyertakan bateri litium tersenarai dalam barangan terlarang dan merbahaya untuk dikendalikan menggunakan mel udara. Selain dari Powerbank, produk seperti smartphone juga termasuk dalam kategori terlarang kerana ia menggunakan bateri berasaskan litium.
Setakat ini, hanya Pos Malaysia yang membuat kenyataan rasmi mengenai larangan tersebut. Tiada notis dari syarikat mel yang lain buat masa ini.
Baca kenyataan rasmi dari Pos Malaysia Berhad di bawah:
Mutakhir ini, Pos Malaysia Berhad menerima banyak pengeposan bateri litium dan power bank ke Sabah, Sarawak dan luar negara. Selaras dengan peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Barangan Berbahaya (Dangerous Goods Regulations), terbitan International Air Transport Association (IATA), Pos Malaysia Berhad tidak boleh mengendalikan item berbahaya di dalam mel udara, bungkusan udara dan EMS.
Bateri litium dan power bank dikategorikan sebagai barangan berbahaya. Pelanggan diminta untuk memastikan tiada bateri litium atau power bank terkandung didalam bungkusan yang dihantar.
Larangan ini berkuatkuasa pada 1 November 2014 dan sebarang pegeposan item yang mengandungi bateri litium atau power bank akan ditahan di Pos Malaysia International Hub (PMIH). Semua hantaran yang ditahan boleh dituntut kembali tanpa pemulangan caj pengeposan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada kakitangan kaunter atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 300 300 atau layari www.pos.com.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.