Padah Mabuk, Lelaki Jatuh Dalam Kolam Najis
Padah Mabuk, Lelaki Jatuh Dalam Kolam Najis
CHINA: Padah mabuk, seorang lelaki terjatuh dalam kolam kumbahan najis hanya kerana mahu mengambil jalan pintas untuk mengelak dari bergaduh dengan isterinya.
Chi Fan, 42, menghabiskan masa untuk minum bersama rakannya di Wuhu, Anhui, apabila isterinya menelefon mengarahkan dia balik serta merta.
Dalam keadaan yang tergesa-gesa, dia mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas melintasi sebuah jambatan untuk pulang.
Namun, akibat minum arak, kepalanya pening dan dia mengambil keputusan untuk berhenti seketika dan muntah.
Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi gagal mengawal diri lalu terjatuh dalam kolam kumbahan. - Harian Metro
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date