KAKI kiri ditembusi besi konkrit sepanjang satu meter
Kulim: Seorang remaja perempuan cedera selepas kaki kirinya ditembusi besi konkrit sepanjang satu meter ketika membonceng motosikal di Bukit Kukus, di sini, malam tadi.
K
ejadian berlaku kira-kira jam 9 malam menyebabkan bahagian bawah buku lali pada kaki mangsa berusia 19 tahun mengalami pendarahan.
Difahamkan, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kulim untuk rawatan, sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dipanggil untuk bantuan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Mohd Faisol Shuaib berkata, sepasukan empat anggota dihantar ke Hospital Kulim untuk membantu memotong besi terbabit menggunakan pemotong hidraulik.

* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.