Peninju Dunia sepanjang zaman Muhammad Ali kini kritikal

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Muhammad Ali kini kritikal.
( 📸 ©Picture: Zenon Texeira/Fame Flynet)
Muhammad Ali kini kritikal

Ahli sukan terbaik sepanjang zaman, legenda tinju, Muhammad Ali kini berada dalam keadaan yang amat kritikal, demikian menurut ahli keluarganya.

Muhammad Ali, 72 tahun menghidap penyakit Parkinson sejak 1984 dan kini keadaannya semakin serius apabila tidak boleh bercakap.

Anaknya, Ali Junior dan Rahman tidak menjangka keadaan bapanya bertambah teruk.

Rahman berkata, penyakit yang dihadapi Muhammad Ali telah menyebabkan bapanya itu semakin sukar untuk bercakap, bagaimanapun isteri kepada legenda tinju itu, Lonnie yang juga bekas jururawat merasakan suaminya mampu meneruskan hidup.

Khabar angin berhubung kea­daan Muhammad Ali mula terdengar apabila bekas jaguh tinju dunia itu tidak hadir sewaktu ta­yangan perdana filem tentang kisah hidupnya bertajuk I Am Ali minggu lepas.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
MUHAMMAD Ali pada sidang media perlawanan menentang Joe Bugner setibanya di lapangan terbang, pada 13 Jun 1975.
( 📸 ©NSTP)
Sepanjang kegemilangannya, Muhammad Ali meraih pelbagai kejuaraan, malah jaguh tinju itu turut meraih tempat di kalangan rakyat Malaysia.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
YANG Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bertemu Muhammad Ali di Istana Negara, pada 30 Jun 1975.
( 📸 ©NSTP)
Pada 30 Jun 1975 Muhammad Ali pernah beraksi menentang Joe Bugner yang juga peninju berpengaruh dunia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bagi merebut Tali Pinggang Tinju Heavyweight Sedunia (World Heavyweight).



Pertarungan bersejarah pada 1975 di Stadium Merdeka itu disaksikan secara langsung di seluruh tanah air (menerusi RTM) dan 59 buah negara lain. – AGENSI


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.