Lagi Cubaan rompak sekitar perkampungan Kundasang


Lagi Cubaan rompak sekitar perkampungan Kundasang

Baru tadi ada kes cubaan merompak di rumah penduduk di Kg. Dumpiring Kundasang ..dilaporkan dua orang bertopeng dan berbadan besar telah melakukan cubaan rompakan terhadap penduduk kg. di Sekitar Kampung Ini.

Penduduk Kundasang merasakan kampung ini tidak selamat lagi , dan cuba mengaitkan apakah kes jenayah ini ada hubungan dengan kes rompak dan bunuh di Sinisian jumaat lalu.

Saudari Juliana Majimin juga telah melaporkan Sebentar tadi ada lagi percubaan mencuri di rumah cikgu Ahidi di Kg. Tiwung. Nasib baik penjaga anak dia nampk lelaki  tersebut sedang memanjat pagar.

Beliau telah menasihati Warga kundasang agar berhati-hati dan pastikan pintu, tingkap rumah mereka kukuh dan sebaiknya memasang gril.

Diharapkan warga kundasang sentiasa berhati² dan langkah terbaik buat masa ini adalah dengan menguatkuasakan lagi jawatankuasa rukun tetangga dan melaksanakan rondaan sekitar Kampung oleh RELA.

Pihak berkuasa tempatan juga diharapkan dapat mempercepatkan Pembukaan balai polis bagi memberi sekuriti kepada penduduk kampung. Sepertinya sebelum ini Kundasang adalah kg. yang aman dan kejadian seperti ini telah merosakkan keamanan kampung yang sememangnya telah dijaga oleh penduduknya yang ramah dengan pelancong,  tidak kisah pelancong dalam dan luar dengan memberikan inap desa yang baik di negeri ini

Janganlah disebabkan kejadian ini, salah satu sektor pelancongan terulung di bumi Malaysia ini dicalarkan begitu sahaja oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini dengan sewenang-wenangnya melakukan jenayah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.