Sejumlah 43 warga Malaysia adalah antara 298 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
KIEV – Mayat-mayat di tapak nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, timur Ukraine dibiarkan mereput.
Memang mendebarkan kerana sedikit saja bahasa atau gerak tubuh tidak menyenangkan mereka (pasukan tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak), ia boleh mengundang ketegangan dan kejadian tembak menembak," ujar Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Hussein Omar.Hussein membuat pendedahan itu ketika diminta berkongsi pengalaman cemas dan mendebarkan yang tidak dapat dilupakannya ketika mengetuai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi pencarian baki mayat dan serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH17).
Menurut Hussein, misi itu sulit kerana adanya pergelutan antara tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak yang tidak mempercayai satu sama lain terutama pihak luar.
Katanya, keadaan itu menyebabkan beliau dan pasukan misi perlu berwaspada dan cuba sehabis baik untuk meyakinkan kedua-dua pihak berkenaan supaya memberi kebenaran memasuki kawasan pencarian dan membawa pulang mayat MH17.
Usaha-usaha untuk mengalihkan mayat mangsa di lokasi kejadian yang dilakukan para pekerja Kementerian Kecemasan Ukraine berjalan dengan perlahan.
Setakat ini, sebanyak 196 mayat telah diletakkan di dalam beg plastik dan dikumpulkan di tepi sebatang jalan raya selepas pesawat itu dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari pelancar BUK.
Seorang wartawan agensi berita AFP melaporkan, 196 mayat itu telah dipindahkan menaiki kereta api yang dilengkapi peti sejuk menuju ke bandar Donetsk. - Kosmo
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Tags