Tiga individu mengaku bunuh bekas ratu cantik. Pasukan forensik mencari bahan bukti di sekitar kawasan pembunuhan. Gambar kecil: Berry dan Spear.
TIGA lelaki dijatuhi hukuman penjara lebih 20 tahun setiap seorang selepas mengaku bersalah membunuh bekas ratu cantik Venezuela, Monica Spear, 29, dan bekas suaminya Thomas Berry, 39 di hadapan anak perempuan mereka berusia 5 tahun.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa maut ditembak manakala anaknya, Maya Veliz terselemat selepas ditembak di bahagian kaki ketika kereta yang mereka naiki rosak di sebuah lebuh raya di negara terbabit.Insiden berlaku di El Cambur, kira-kira 322 kilometer dari Caracas.
Jean Carlos Colina, 19, Jose Ferreira Herrera, 18 dan Nelfrend Jimenez Alvarez, 21 mengaku terlibat dalam pembunuhan itu.
Colina dihukum penjara 26 tahun manakala Herrera dan Alvarez masing-masing dipenjara 24 tahun.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date