Ganjaran RM96.5 juta cari dalang menembak jatuh pesawat MAS MH17

Ganjaran RM96.5 juta cari dalang menembak jatuh pesawat MAS MH17

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Ganjaran RM96.5 juta cari dalang

Seorang penderma yang tidak dikenali mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk diberi kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan bukti dalang yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu.

Menurut Portal Berita The Local edisi Jerman, wang tawaran itu diserahkan kepada sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di utara Jerman iaitu Wifka.

Picture
Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya, semalam menyatakan penderma tersebut mahukan kepastian siapakah yang bertanggungjawab dalam memberikan arahan untuk menembak jatuh pesawat itu dan senjata yang digunakan.

Wifka turut memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan kebenaran itu akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.

"Sesiapa yang memberikan bukti dalam mengenalpasti dalang kejadian itu akan diberikan ganjaran sebanyak AS$30 Juta.

Wang hadiah itu kini disimpan di Zurich, Switzerland," menurut kenyataan itu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.