PELAN PULIH MALAYSIA AIRLINES MAS BERMULA

PELAN PULIH MAS BERMULA

Usaha pertama kembalikan keuntungan syarikat

Kuala Lumpur: Kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) kini dalam peringkat akhir menyiapkan pelan penstrukturan menyeluruh dan lengkap Penerbangan Malaysia (MAS) dan dijangka diumumkan sebelum akhir bulan ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, MAS adalah syarikat penerbangan negara yang menjadi kebanggaan semua dan langkah terbaharu itu adalah usaha pertama untuk mengembalikan keuntungan syarikat.

“MAS adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia dan ia menjadi simbol kebanggaan negara, cita-cita dan menempa nama di mata dunia. Ia lebih daripada syarikat penerbangan kepada kita.

“Justeru, perubahan yang bermula hari ini akan meletakkan asas untuk kejayaan masa depan. Saya meminta semua rakyat Malaysia terus menyokong MAS seperti kita membinanya dan menjadikannya syarikat penerbangan negara yang kukuh dan mapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.