ISTERI NEKAD BUNUH DIRI SELEPAS GADUH DENGAN SUAMI DI APARTMENT CAMMELIA KAJANG

ISTERI BUNUH DIRI SELEPAS GADUH DENGAN SUAMI DI APARTMENT CAMMELIA KAJANG

Seorang surirumah maut selepas terjun dari bangunan pada tengah hari semalam di Apartment Cammelia Kajang.

D
alam kejadian yang berlaku pada jam 1.45 petang itu, Nurhasyaiwany Razid, 28, bertindak terjun selepas dia bergaduh dengan suaminya.


Suaminya Azmi Abd Rahman berkata, ketika kejadian itu, dia berada di dalam bilik mengemas pakaiannya. Setelah selesai mengemas pakaian, dia mendapati isterinya telah terjun dari koridor rumah mereka.


Azmin bergegas turun ke bawah melihat keadaan isterinya, tetapi mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.