Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), pengendali rangkaian pasar raya besar tempatan, Mydin, merancang menyenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang, selepas 57 tahun beroperasi di Malaysia.
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, berkata berdasarkan keupayaan dan prestasi semasa, Mydin sudah memiliki kemampuan untuk menjadi syarikat senaraian awam, namun mahu memperkukuhkan lagi operasinya sebelum melaksanakan langkah korporat berkenaan.
Datuk Dr Ameer Ali Mydin.
Layak disenaraikan Katanya, berdasarkan kedudukan dana pemegang saham dan keuntungan tahunan yang diraih, syarikat tidak berdepan sebarang masalah, sebaliknya layak untuk disenaraikan, walaupun dalam masa terdekat.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date