TPM meluangkan masa singgah bertemu TGNA (Mursyidul Am PAS) di kediamannya di Pulau Melaka.Pertemuan bersejarah buat pertama kali itu bagi menziarahi TGNA yang kurang sihat kebelakangan ini.TGNA kelihatan senyum dan gembira dengan kehadiran TPM kemudian mengadakan perbincangan tertutup antara keduanya serta Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga anak kedua TGNA.#Silaturahim
Muhyiddin luang masa melawat Nik Aziz yang uzur.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Perbezaan ideologi Politik bukan penghalang bagi memupuk perpaduan.
KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Muhyiddin luang masa ziarah Nik Aziz Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) beramah mesra dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin tiba jam 4.40 petang dan mengadakan pertemuan secara tertutup di rumah Nik Aziz sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.25 petang.
Kepimpinan melalui tauladan. Lupakan sejenak ideologi politik yang berlainan, ukhwah sesama Islam diutamakan. Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka sebentar tadi.
Muhyiddin luang masa ziarah Nik Aziz
KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini.
Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.
Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas.
Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
Nik Abdul Aziz yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian kerana penyakit prostat kini dilaporkan semakin pulih dan mendapatkan rawatan secara berkala di hospital itu.
Muhyiddin dan isteri kemudian berlepas pulang ke ibu negara. - Bernama
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.