SENARAI ORANG DIKEHENDAKI POLIS KL BERKAITAN KES PENIPUAN URUSAN MENGERJAKAN UMRAH.

Nama : Nurul Yasmin binti RosliKP : 891201-02-5418( Kes IPD Dang Wangi )
SENARAI ORANG DIKEHENDAKI POLIS KL BERKAITAN KES PENIPUAN URUSAN MENGERJAKAN UMRAH.

Kuala Lumpur, 17 April 14 - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur telah menerima aduan tentang penipuan yang dilakukan oleh beberapa buah syarikat yang mengendalikan pakej umrah dengan menawarkan harga yang murah.

Hasil pemantauan, Polis Kuala Lumpur telah mengenal pasti 3 buah syarikat yang didapati mengendalikan pakej umrah dengan harga murah, salah satu dari syarikat tersebut beroperasi di Lembah Klang dan dua syarikat lagi beroperasi di utara Malaysia.

Siasatan yang dijalankan membawa kepada penahanan individu yang dipercayai terlibat melakukan kegiatan tersebut namun, (4) individu lain diminta tampil untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan.

Seorang daripada individu terbabit diminta hadir ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Dang Wangi manakala (3) yang lain sedang dicari bersabit kes yang sedang disiasat di daerah Cheras dan Sentul.

Orang ramai yang menpunyai sebarang maklumat dan mengenali suspek-suspek tersebut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat INSP Mohd Rozaidi bin Ramli di talian 012-8483 203 dan INSP Noor Azean Azdzila binti Zulkifli di talian 017-5952185 atau Pusat Kawalan/Hotline PolisKL ditalian 03-21159999 atau SMS ke 32728(Rakan COP) atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.

NAMA : ZAKARIAH BIN HASSANKP : 580105-10-6017ALAMAT : NO. 5, JALAN AU 1C/3G,TAMAN KERAMAT PERMAI,54200 KUALA LUMPUR.
NAMA : SYARIFAH NORFAZIHAN BTE.SYED MUSTAFFAKP : 781011-11-5140ALAMAT : NO. 16, TAMAN IBAI INDAH,KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
NAMA : SUZIANA BT MOHD. YAMINKP : 670724-10-5346ALAMAT : NO. 51, PERSIARANBUKIT SETIAWANGSA,TAMAN SETIAWANGSA, KL

Polis Kuala Lumpur ingin menasihatkan orang ramai yang pernah menjadi mangsa pakej umrah sebegini supaya tampil membuat laporan di balai berdekatan.

Orang ramai juga disarankan agar membuat semakan terlebih dahulu ke atas syarikat yang menawarkan dan mengendalikan pakej umrah dengan harga yang murah serta meragukan.

Polis Kuala Lumpur juga mengalu-alukan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes-kes tersebut.

Sumber : PolisKL

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.