Reaksi Keluarga Mendiang Karpal Singh


Keluarga mendiang Karpal lanjut tempoh pengebumian Ahli keluarga Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berada di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Karpal terlibat dalam kemalangan maut di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung.

IPOH - Ahli keluarga akan memanjangkan tempoh sebelum pengkebumian dilangsungkan bagi memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh.

Anak keduanya, Gobind Singh Deo berkata, ramai kenalan dan ahli keluarga menghubunginya dan memaklumkan untuk hadir.

Menurutnya, mengikut persetujuan awal, mendiang mungkin akan dikebumikan pada Sabtu petang atau Ahad pagi ini.

"Apa-apa pun kita akan buat pengumuman rasmi kemudian tentang perkara ini seawalnya petang ini," katanya.

Mayat mendiang akan dibawa pulang ke kediaman mereka di Jalan Utama, Pulau Pinang, petang ini sebaik urusan bedah siasat selesai.

Karpal Singh berkeras untuk bertolak ke Pulau Pinang pada waktu malam supaya beliau boleh membuat persiapan untuk kes mahkamah pada Khamis, kata anaknya,Gobind Singh Deo.


Gobind membuat pengecaman mayat bapanya di Hospital Kampar.

Lawat anak sebelum pergi

Ipoh: “Saya cadangkan ayah memulakan perjalanan pada waktu pagi, tetapi dia tetap ingin pulang pada waktu malam kerana mahu membuat persiapan awal untuk satu urusan di Pulau Pinang.

ISTERI Karpal, Gurmit Kaur (dua dari kiri) dipapah kenalan ketika menanti mayat di HRPB.
”Itu kata Gobind Singh Deo mengimbas pertemuan terakhir dengan ayahnya, bekas Pengerusi DAP Karpal Singh yang maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung, Kampar, dekat sini, awal pagi semalam.

Menurut Gobind, kali terakhir dia berjumpa mendiang jam 10.15 malam iaitu beberapa jam sebelum kemalangan maut itu berlaku ketika bapanya datang melawatnya yang dimasukkan ke wad di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.“Saya jumpa bapa pada jam 10.15 malam (kelmarin).

Saya berada di hospital dan dia berjumpa saya. Dia beritahu ingin pulang ke Pulau Pinang kerana ada urusan rasmi keesokan harinya iaitu hari ini (semalam).


“Itu kali terakhir saya berjumpa dengan bapa kesayangan saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ketika menunggu untuk menuntut mayat mendiang yang dibedah siasat.


KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran parti DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak kira-kira jam 1 pagi tadi. 







Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez

Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat.

Anak mendiang, Gobind Singh Deo mengesahkan kejadian itu menerusi laman Twitter peribadinya kira-kira jam 3.40 pagi

Takziah

Lagi Gambar:









Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.