Sedikit Mengenai Michael Cornelius: Pembantu Peribadi Mendiang Karpal

Michael Cornelius: Pejuang setia bersama Karpal

klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Michael Cornelius: Pejuang setia bersama Karpal

Sukar menggambarkan pengorbanan pembantu peribadi Karpal Singh, mendiang Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, yang turut terkorban bersama-sama bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dalam kemalangan jalan raya

Beliau setia bersama ‘Harimau Jelutong’ itu – ketika di mahkamah menghadiri perbicaraan, di Dewan Rakyat semasa Parlimen bersidang, sehinggalah di pejabat guamannya yang sederhana di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Piasau Alan Ling Sie Kiong mengimbas kembali pengalamannya mengenali Michael ketika latihan dalam kamar di firma guaman Karpal sekitar 2009.

“Peranan Michael sangat penting kepada Karpal. Tugasnya tidak mudah, perlu ada di sisi ‘bos’ 24/7,” kata Alan.

“Mendiang sentiasa di pejabat sehingga 11 malam bersama-sama ‘bos’,” tambahnya. “Malah, dia juga perlu berjaga beberapa kali pada tengah malam untuk ubah kedudukan mengiring ‘bos’ ketika tidur.”

Ekoran kesibukan itu, katanya lagi, Michael sangat jarang pulang ke kampung halamannya di India. Kalau pun pulang, ia untuk tempoh yang sekejap – sekitar dua minggu.

Sehinggalah kemalangan yang meragut nyawanya awal pagi tadi.

Tidak lupa kirim wang kepada keluarga

Michael mula menjadi pembantu Karpal selepas Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu lumpuh akibat terlibat dalam kemalangan pada 2005.

Berasal dari Vellore, Tamil Nadu di selatan India, beliau meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan perempuan. Jenazahnya akan diterbangkan untuk disemadikan di sana.

Dengan nada hiba, Alan memberitahu, “Kesibukannya itu sehingga beliau pernah meminta saya mengirimkan wangnya kepada keluarga di sana. Masa berehat untuknya adalah di dalam kereta ketika dalam perjalanan.”

Kristian yang warak

Menurut Alan, Michael berasal daripada keluarga miskin dan mula berkhidmat dengan Karpal selepas bertemu dengannya ketika menerima rawatan di India.

Beliau juga mengenali mendiang sebagai penganut Kristian yang warak dan sentiasa membawa kitab Bible bersama-sama.

“Michael sentiasa membawa Bible bersama ke mana-mana sahaja. Ketika perkahwinan saya dan menang Pilihan Raya Negeri Sarawak (pada 2011), beliau menghantar hadiah dan kad kepada saya yang tertulis petikan-petikan daripada Bible yang boleh memberi semangat.

“Saya akan sentiasa mengenangnya.”

Picture
Peranan Michael sangat penting kepada Karpal. Tugasnya tidak mudah, perlu ada di sisi ‘bos’ 24/7. Mendiang sentiasa di pejabat sehingga 11 malam bersama-sama ‘bos’. Malah, dia juga perlu berjaga beberapa kali pada tengah malam untuk ubah kedudukan mengiring ‘bos’ ketika tidur.

Michael pembantu peribadi Karpal Singh yang setia - Sangeet Deo

GEORGE TOWN: Nama Michael Cornelius Selvam Vellu mungkin kurang dikenali ramai namun hakikatnya beliau adalah antara 'orang kanan' tokoh DAP Karpal Singh.

Kelibat lelaki berusia 39 tahun itu sering dilihat di mana sahaja bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berada dan setia menolak kerusi roda 'bosnya'.

Anak perempuan Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo menyifatkan Michael sebagai seorang yang setia dan sentiasa berada di samping mendiang bapanya hinggalah ke akhir hayatnya.

Michael maut bersama Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya di Km306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak awal hari Khamis.

"Mendiang bekerja dengan bapa sejak lapan tahun lepas dan kami menyenangi karektornya yang ringan tulang," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata isteri dan dua anak Michael menetap di India dan keluarganya akan mempertimbangkan untuk menghantar bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka di sana.

Sangeet anak keempat mendiang Karpal Singh turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian bapanya.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.